Thursday, September 6, 2018

author photo
Drama Bahagia Bukan Bidaan Slot Samarinda | Siapa kat sini layan drama slot Samarinda TV3 terbaru sekarang kita geng. Rugi kalau siapa tak tengok drama ni, sebab dalam drama ni kebanyakkan pelakon lama-lama yang berlakon. Cik Ash suka tengok lakonan Zamarul Hisham dan Adi Putra hahaha.


Drama ini merupakan adaptasi novel Bahagia Bukan Bidaan karya oleh Hessa Widad yang sedang bersiaran di slot Samarinda TV3. Drama ini diterbitakan oleh produksi syarikat Country & Univesal Sdn.Bhd, di arahkan oleh Eoon Suhaini. 

Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan lama antaranya mereka ialah Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ikan Nabeela, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Mak Wan, Arja Lee,Wan Sharmila, Anne Abdullah dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan
Drama ini mengisahkan Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai dengan Azlan setelah mengetahui bahawa Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang berkerja di syarikat yang sama. Hana semakin tertekan dan tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang pula oleh Azlan untuk berjumpa dengan anaknya.  Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan. 

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta yang diberikan oleh Nik tidak pernah disambut. Hana mahu hidup bersendirian tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Ain Farhana. 

Cinta mula hadir di dalam hati Hana. Kasih disulam hanya menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah hana membida kasih sayang nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati tu? Hana mula lelah dengan kebenaran tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Bagi Cik Ash episode permulaan dan kedua memang menarik drama ni, geram dekat Azlan seksa hidup Hana.. hahaha.. Kalau korang yang teringin nak baca novel online drama ni boleh singgah baca dekat Novel Bahagian Bukan Bidaan. Kalau nak tengok koleksi lagu dalam drama ni boleh baca dekat ðŸ‘‰Lagu Ost Drama Bahagia Bukan Bidaan .

This post have 3 komentar

avatar
Abam Kie delete September 7, 2018 at 9:59 PM

nampak mcm sedap plotnya. selamat menonton! tp abe kie dah jrg tengok drama Melayu skrg krna kekangan masa.

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete September 8, 2018 at 10:54 PM

hehe rare sikit kan bini dia blh cari suami baru yehaaaa.. selalu laki je dapat yang baru =D

Reply
avatar
Sha Mohamed delete September 9, 2018 at 3:58 PM

Pergh... baca sinopsis pun dah geram.. belum baca buku dia or tengok drama dia.. kikiki..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post