TICKER

Tuesday, September 18, 2018

Nasi Mentah Jangan Panik Ikut Cara Ni

Nasi Mentah Jangan Panik Ikut Cara Ni | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar, Harap sihat la semuanya ya. 


Sebelum ni Cik Ash ada share dekat facebook masak nasi terlupa tutup periuk akibat nasi tak masak sekata bahagian atas kering. Mujur teringat cara ibu mentua Cik Ash ajar so buatkan cara itu sokmo.Pernah gak terjadi masak nasi lemak dan nasi daging pernah jadi masak tak sekata, cara ini juga Cik Ash guna alhamdulilah cara memang menjadi sangat. 


Ibu mentua Cik Ash ajar gunakan cawan berisi air letakkan di tengah nasi ,  buat lubang di tengah-tengah nasi, selepas itu tutup periuk nasi dan tekan semula button rice cooker ya. 

Selain cara di atas ibu mentua Cik Ash ada juga bagitaw boleh gunakan bawang putih satu ulas , basuh dulu bawang tu,jangan buang kulit terus masuk dalam nasi panaskan semula periuk. Cara ni Cik Ash tak pernah cuba hihihi..Ada juga cara lain letak beberapa biji cili kering dalam nasi panaskan semula periuk tu.. yang ini ibu mentua Cik Ash kata kak ipar selalu buat. 

Ok la korang semua itu cara apabila nasi mentah boleh ikut cara yang Cik Ash kongsikan tu, kalau korang ada petua lain  boleh la bagitaw dekat komen nanti Cik Ash masukkan dalam entri ni.

6 comments:

  1. Ccl pernah cuba letak cawan berisi air tue.memang menjadi . Cara lain mcm letak bawang putih tue xpernah cuba lagi. Ni baru dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ash pun guna cara letak cawan tu gak ibu mentua yg ajar.. cara lain tak pernah cuba

      Delete
  2. Replies
    1. ha ah boleh guna petua yang orang lama guna hihihi

      Delete
  3. Salam kenal cik ASh. Wah ini petua yang sangat bagus ni akak baru first time baca. Boleh digunakan nanti insyaAllah.

    https://adaainspiration.com/harmonize-with-nature/

    ReplyDelete