Sunday, June 5, 2016

author photo
Drama Imam Mudaku Romantik Astro Oasis

 
Hai korang lagi 2 hari  drama Imam Mudaku Romantik akan bersiaran di Astro Oasis pada 6 Jun 2016 jam 9.00 malam.. wah tak sabar nak tengok lakonan Hisyam Hamid dan Syatilla Melvin ni... lakonan pelakon dua orang sangat best hihihihi.. 



Drama ini merupakan  drama adapitasi daripada novel karya popular Izzah Hanefa. Dibintangi oleh pelakon Hisyam Hamid dan Syatilla Melvin sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh pengarah Suhahaimi Zulkefli  dan diarahkan oleh terbitan daripada Nuansa Sdn.Bhd. Drama ini mempunyai sebanyak 16 episode. 

Watak pelakon yang dalam drama ini ialah Hisyam Hamid sebagai Faqih, Syatilla Melvin sebagai Khalisa, Faye sebagai Adriana, Erwin Dawason sebagai Izham, John Cisel sebagai Taufik, Rahim Omar sebagai Tan Sri Kamarul dan Zarina Zainuddin sebagai Puan Sri Lydia. 


Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik

Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih



“Kenapa?” - Khalisah

“Kita solat tahajud sama-sama.”

“Hah? Wajib ke?”

“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”



Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!



LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.



Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.



Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.



Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.

“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”

This post have 10 komentar

avatar
THE KEHALUSAN KELEMBUTAN delete June 5, 2016 at 3:54 PM

salam kak ekin kita dah baca dah buku ni

Reply
avatar
kimchaa delete June 7, 2016 at 2:57 AM

Banyaknyaa cerita adaptasi. Singgah sini follow sini ^^

Reply
avatar
el delete June 7, 2016 at 2:24 PM

alamak terlepas lah pulok

Reply
avatar
Sha Mohamed delete June 8, 2016 at 11:50 AM

Kadang-kadang tengok.. Kadang-kadang terlepas..
Sha ada novel dia.. tapi x baca lagi..

Reply
avatar
Cik Ash delete June 8, 2016 at 1:32 PM

Wasalam kak ekin belum baca

Reply
avatar
Cik Ash delete June 8, 2016 at 1:34 PM

Ekin tak ada tengok citer jah la

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post