TICKER

Sunday, October 14, 2018

Tesco Choco Malt Nutritious Chocolate Malt Drink

Tesco Choco Malt Nutritious Chocolate Malt Drink | Assalamualaikum... Siapa dekat sini selalu shopping dekat tesco, ada berita baik nak kongsikan dengan korang semua suatu produk daripada tesco yang sedap untuk di cuba mengantikan MILO. 

Choco Malt Tesco

Dekat rumah Cik Ash dah lama tidak guna Milo sejak menggunakan Tesco Choco Malt ni. Kenapa Cik Ash kata Tesco Choco Malt ni best boleh standing dengan Milo sebab Cik Ash dah rasainya sendiri daripada tahun 2015 lagi ni baru nak sharing dekat blog. hihihi. 

Pernah juga beli choco brand lain selain tesco punya tak boleh lawan choco tesco lagi best. Cik Ash selalu buat air choco tanpa gula pun dah manis.  Suami dan ibu mentua kata sedap choco malt ni lagi. Jom bertukar kepada Tesco Choco Malt.

Di dalam Tesco Choco Malt diperbuat daripada hasil Barli yang berkhasiat, Vitamin dan Mineral yang penting untuk keperluan badan kita. Antara kandungan yang terdapat dalam Tesco Choco Malt ini ialah. 

Malt Barli - EnerMalt dalam ChocoMalt adalah ekstrak Malt (daripada malt barli) dengan gabungan Karbohidrat kompleks dan sederhana memberikan badan anda tenaga dan nutrien yang diperlukan.  

Rasa Coklat - Setiap sip ChocoMalt padat dengan kebaikan coklat semulajadi. Lazat dan berkhasiat, anda tentu berasa puas selepas setiap cawan.

Vitamin-ChocoMalt mengandungi 8 Vitamin iaitu ( B1,B2,Niacin,B5,B6,Biotin, B12,C) yang penting untuk perkembangan dan pertumbuhan badan. Memastikan badan anda mendapat yang terbaik hari ini.   

Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua minuman choco malt daripada Tesco pilihan Cik Ash sekeluarga. Jumpa lagi nanti dientri yang lain ya. 

6 comments:

  1. Lama tak pergi Tesco....wah boleh dicuba ni...

    ReplyDelete
  2. Tapi malangnya terengganu tak ada tesco kak hewhew

    ReplyDelete
  3. Rabia biasa pergi tesco kat KB.Tak pernah tgk lagi choco malt nutritious chocolate ni

    ReplyDelete
  4. ganu takdok tesco..next time gi tesco boleh try nih!!

    ReplyDelete
  5. sini jare nok gi tesco, lamo jugok x masuk tesco sebab gi hok dekat2 sekitar sini jah

    ReplyDelete
  6. sedap ke? tapi anak2 tak suka jadi memang tak beli la dan tak merasa lah nampaknyaa

    ReplyDelete