Tuesday, January 26, 2016

author photo

Slot Akasia 2016: Tundukkan Playboy Itu 



Hai u all semua... cinta si wedding planer tak habis lagi dah ada taw cerita  yang akan mengantikkan Slot Akasia nanti bermula 17 Februari 2016 ni.. Tajuk masih dikekalkan dengan tajuk novel iaitu Tundukkan Playboy Itu merupakan karya Anjell. Drama ni terbitan daripada syarikat terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd, Drama ini mendapat sentuhan dari pengarah Keoi Hj Khalid dan skrip dari Mufid Suhaimi.

Barisan perlakon utama yang membintangi drama Tundukkan Playboy Itu  adalah Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal dan Uqasha Senrose sebagai  Nurin Areesa tak lupa gak drama ni dibantu oleh pelakon yang lain iaitu  Alif Satar sebagai Farhan Badriz, Mawar Rashid sebagai Elfira, Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Mukhriz, dan Nalviya Husna sebagai Intan. 







Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung, Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya muslimah, entah macam mana tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. Semua pekerja Haraz, tidak memakai tudung dan nampak seksi. Kalau pekerja Harraz nampak pelik dengan Nurin, apatah lagi Nurin.
Dalam temuduga, Harraz meminta Nurin membuka tudung jika ingin bekerja di syarikatnya.Bagi Nurin itu permintaan yang minta gigi kena terajang, Okey. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai untuk dia. " Moga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti". 
Mendapat tahu Nurin ditolak mentah-mentah. Tan Sri memberi warning kepada Harraz. Nak tak nak,  Nurin diambil bekerja di syarikat beliau. Memang teruk Nurin kena buli, Suka hati je mamat tu nak bagi keja yang bukan skop kerja Nurin. Namun, Nurin bukan lemah seperti disangka.
Bagaikan dimakbulkan doa Nurin itu, Hanya kerana mata, Harraz terpaut pada model misteri yang bertudung,Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya. Datang pula Mama Harraz dengan satu permintaan yang sukar pada Nurin Tunddukkan Harraz, Tundukkan Playboy itu.
Tapi Nurin tak perlu tundukkan dia, Harraz yang tertunduk sendiri.
Bila Harraz ke UK, Harraz diuji dengan sesuatu yang menyentuh hati. Apa yang berlaku. Jom kita baca novel.






This post have 2 komentar

avatar
Anonymous delete January 27, 2016 at 9:00 AM

citer mcm best..hero pun menarik tapi...heroin tu tak berapa berkenan di hati..

Reply
avatar
Cik Ash delete January 27, 2016 at 9:48 AM

ha ah kan... xtaw best tak cerita ni....

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post