Thursday, August 9, 2018

author photo
Pertama Kali Buat Meatball | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar harap semuanya sihat,lama sangat entri ni tersimpan dalam draf tak sempat nak share dekat blog. Baru nak sharing masakan daripada #dapurcikash.


meatball
Aritu dulu Cik Ash ada cuba masak meatball dan cuba buat kuah sendiri, alhamdulilah percubaan pertama Cik Ash menjadi sangat dapat pujian daripada suami, mak mentua dan anak saudara. Resepinya Cik Ash google cara buat kuah tu yang berbola beli yang siap dah nak cepat kan hihihi...

Resepi Meatball 
Oleh : Cik Ash

Meatball jenama Ramly secukupnya - di goreng atas pemanggang ajaib dengan api sederhana.

Kentang Homemade 
Ubi kentang di hiris panjang-panjang macam ubi kentang kita beli tu, lepas tu direbus hingga lembut. Lepas tu toskan air dan boleh goreng dalam minyak yang panas.

Bahan untuk buat Sos :-
2 sudu butter
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
1/2 biji tomato - di potong kecil
1/2 cawan air sejuk
100ml susu cair
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/
1 sudu gula
serbuk pati ayam

Cara Membuatnya :-
1.Cairkan butter dalam kuali dengan menggunakan api perlahan. 
2.Tumiskan bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan tapi jgn sampai garing. 
3.Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau hingga berubah warna sedikit coklat diikuti dengan memasukkan tomato dan biar hingga tomato layu. 
4.Setelah itu,masukkan pula air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, stock ayam, gula.Kacau sehingga rata dan biarkan sampai mendidih. 
5.Pastikan sentiasa mengacau supaya sos tidak berketul dan masukkan bahan perasa jika perlu. 
6.Jika kuah sos terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air bancuhan tepung jagung.
7.Setelah itu,masukkan sos tadi dalam mesin pengisar dan kisarkan hingga halus. 
8.Masukkan semula dalam periuk dan kacau hingga mendidih. 
9.Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuangkan atas meatball. 
10.Siap untuk dihidang bersama kentang dan meatball.

Ok la itu jer cara yang Cik Ash buat cara orang lain Cik Ash tak taw macam ner. Selamat Memcuba Resepi ni. !!!

This post have 5 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete August 9, 2018 at 11:09 AM

uish sedap ni, sha suka meatball ramli

Reply
avatar
Lea Azleeya delete August 9, 2018 at 11:02 PM

Sedapnyr.. boleh akak cubabuat nanti.. tu pun kalau ada masa.. hehehe

Reply
avatar
adianiez AIDA delete August 30, 2018 at 11:26 AM

sedap nyer ekin. suka! suka!
aida nanti nak try buat meatball sendiri lah.
kalau ada masa hi hi hi hi
biasa nyer beli aje yg da siap.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post