Saturday, October 31, 2015

author photo

Program Realiti ‘The House’, Astro Ria (2015)

              

Sinopsis Program 'The House'

“Air yang dicincang tidak akan putus”. Itulah peribahasa yang menggambarkan keluarga selebriti popular yang terdiri daripada trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong meskipun mereka hampir 10 tahun tidak tinggal serumah apatah lagi sebilik, kini selama 10 hari mereka akan tinggal sebumbung dan diuji dengan pelbagai tugasan. 


Menerusi THE HOUSE, para peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong. Para peminat juga dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini.
Sepanjang mereka berada di dalam THE HOUSE, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat. Setiap episod akan memberikan nilai-nilai murni kekeluargaan dan kemanusian kepada penonton dan juga keluarga artis itu sendiri.

Bagi episod pertama, saksikan gelagat Emma, Yaya dan Chacha Maembong membuat persiapan untuk tinggal di sebuah rumah yang disediakan buat mereka bertiga. Mereka bertiga mempunyai sikap yang berbeza di mana Yaya seorang yang rajin dan pandai memasak, Emma pula seorang yang agak lasak dan suka menonton program gusti luar negara, World Wrestling Entertainment (WWE), manakala Chacha seorang yang manja dan sempoi. Gamat dibuatnya apabila mereka menarik rambut dan membuli adik bongsu mereka. Mampukah mereka yang berbeza karektor ini duduk sebumbung untuk hari pertama?

Jumlah Episod: 10
Tarikh mula:
28/10/2015 - Setiap Rabu, 4pm di portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my
02/11/2015 - Setiap Isnin, 9.30pm di Astro Ria

Tonton Online


This post have 6 komentar

avatar
Sha Mohamed delete November 2, 2015 at 9:51 AM

katanya dah macam rancangan the kim kardians show kan...eh betol ke.. hehehe..

Reply
avatar
Cik Ash delete November 3, 2015 at 8:52 AM

best tgk hahaha emma byk gila patung besar2

Reply
avatar
Cik Ash delete November 3, 2015 at 8:53 AM

ekin pun xtaw sha selalu mcm tu la astro

Reply
avatar
Cik Mimie delete November 20, 2015 at 1:17 PM

tengok jugak cerita ni...hehehe..mcm2 keletah dorang..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post