-->

Sunday, October 18, 2015

author photo
Resepi Sup Tulang Homemade | Assalamualaikum... Hai selamat malam semua lama tak sharing entri waktu malam kan, hihihi. ada ke yang baca entri ni malam-malam ni. Baru-Baru ini Cik Ash cuba buat sup tulang tanpa guna sup bunjut tulang tu disebabkan tak ada kan Cik Ash guna yang rempah sup serbuk adabi dan tambah bahan-bahan yang lain.


Tulang daging tu mak saudara suami Cik Ash bagi masa raya haji aritu tengok kan lama tersimpan dalam peti baru nak masak hihihi... biarkan lama nanti tak sakit kepala bila makan huhuuu...

Ok kat bawah ini merupakan resepi Cik Ash reka main  letak bahan-bahan yang ada kat dapur nuh

Resepi Sup Tulang Homemade 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan:-
2 ketul Tulang (direbus dulu)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 biji bawang putih (di tumbuk)
1 inci halia (di tumbuk)
1 inci lengkuas (ditumbuk)
1 sudu besar rempah biji
1 sudu kecik lada hitam
1 kecik lada sulah
1 sudu kecil jintan manis (diksar)
1 sudu kecil jintan putih (dikisar)
3 sudu besar rempah sup serbuk adabi tu (nak guna brand lain pun tak pe)
3 biji Bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis 
Air untuk cairkan kuah kalau pekat. 
Minyak masak 
Sedikit garam dan secukup rasa

Cara membuatnya :-
1. Rebus tulang hingga empuk..kalau air kurang tambah la dengan air panas ya. 

2. Bila dah empuk tulang tu boleh tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk dan dikisar tu bersama dengan bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga, dan kulit kayu hingga wangi. 

3. Bila kesemua bahan ditumis sudah masak boleh masukkan air rebusan tulang tu lepas tu masukkan rempah biji,lada hitam,lada sulah dan serbuk rempah sup adabi reneh hingga masak ya.. 

Akhir sekali kalau kuah terlalu pekat boleh tambahkan air sikit.. perasa garam dan secukup rasa ya..

Hidang dengan nasi panas sedap sangat ni

Ok la itu cara ekin masak sup tulang tu mungkin cara orang lain berbeza taw.. boleh share dengan ekin ya.. Selamat Memcuba resepi ni..


your advertise here

This post have 17 komentar

avatar
dear anies delete October 19, 2015 at 10:19 AM

time raya korban laa yg sedap buat sup mcm ni ;-)

Reply
avatar
Farrah MF delete October 19, 2015 at 1:50 PM

Sedapnya makan dengan nasi panas. Yummmyyyy!

Reply
avatar
Anonymous delete October 20, 2015 at 7:33 AM

Nampak sedaplah sup tulang home made ini
:-)

Reply
avatar
Unknown delete October 20, 2015 at 8:57 AM

ya allah sedapnye sup tulang
kalau balik kelantan mesti umi buat sup tulang

Reply
avatar
Cik Ash delete October 20, 2015 at 11:47 PM

anies yup memey tapi ekin xleh mkn pening kepala hihihi tu yg biar lama dlm peti hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete October 20, 2015 at 11:57 PM

yup memey sedap hihi.mkn berselera sangat

Reply
avatar
Jari Manis delete October 21, 2015 at 9:17 PM

sup tulang tu...my feveret!!!

Reply
avatar
cikpinz delete October 28, 2015 at 4:49 PM

nanti hantar ke Sungai petani ye Ekin..hihihi

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete September 1, 2018 at 12:38 AM

fevret busyra ni sup tulang. boleh ulang2 makan. hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post