Tuesday, October 20, 2015

author photo
Resepi Ayam Goreng Berempah | Assalamualaikum...Hai korang... seperti biasa entri autopost bersiaran lagi untuk hari ini.. ni ekin ada share resepi ayam goreng berempah ni ekin dah buat lama dah asyik tersimpan dalam draf jah ni.. payah nak taip blog sejak tablet rosak... 




Pinjam hp abang time dia keje siang malam ekin pulun taip entri bila dia masuk malam waktu siang ekin pulun taip entri secara pukal.. ada ideal mai taip jah apa kat blog lepas tu ideal hilang ekin draf balik rasa dekat 10 entri dekat draf tu hihihi...

Ok jom kita usha resepi ayam goreng berempah versi Cik Ash ni hihihi..

Resepi Ayam Goreng Berempah
Ideal Cik Ash

Bahan-Bahan 
10 ketul Ayam
1 sudu besar bawang putih (dah dikisar)
1 sudu besar  halia (dah dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Sehelai daun kari (ditumbuk)
Sedikit garam dan secukup rasa 

Cara Membuatnya
1. Ayam di cuci dengan bersih.. toskan ayam tu bagi kering air. 

2. Campurkan semua serbuk kari daging, serbuk kunyit, serbuk kurma,serbuk jintan manis,jintan putih,daun kari dan garam secukup rasa. Gaulkan dengan sebati ayam tu.. 

3. Lepas tu perap ayam selama 3 jam or 4 jam untuk memberi menyerap rempah tu.. 

4. Panaskan minyak bila dah mendidih boleh terus mengoreng ayam hingga kekuningan.. bila dah masak angkat sejatkan minyak ya.. 

#jangan buka api kuat taw hangit nanti ayam hihihi.. 

Itu saja resepi ayam goreng berempah yang ekin kongsi  la.. mungkin ada lagi cara ayam goreng berempah yang lebih sedap daripada ekin kan..

This post have 10 komentar

avatar
Busyra Takiyudin delete October 20, 2015 at 8:58 PM

sedapnya.. boleh la try nnti. :)

Reply
avatar
iryantyismail delete October 21, 2015 at 8:20 AM

Makan dengan nasi lemak sedap ni ekin..

Reply
avatar
Jari Manis delete October 21, 2015 at 8:32 PM

semua bahan tu satu sudu je semua...10 ketul kira utk 2, 3 org mkn lah ni eh

Reply
avatar
Cik Ash delete October 23, 2015 at 9:50 PM

hihihi boleh ea nanti nak try la

Reply
avatar
Cik Ash delete October 23, 2015 at 9:52 PM

hahahha akak jm ye la ekin masak utk 3 org makan.. tu resepi ekin akak nak ubah pun boleh

Reply
avatar
Sha Mohamed delete November 2, 2015 at 10:50 AM

Macam best je.. Kalau makan dengan nasi kukus nie mmang umphh..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post