Friday, August 10, 2018

author photo
Berikan Kekuatan Kepada Hambamu Ini|Assalamualaikum.... selamat pagi , sekejap sahaja dah masuk bulan ogos kan pejam celik pejam celik tak lama dah nak habis tahun 2018.. 

kekuatan


Bulan Julai aritu Cik Ash memang agak sibuk dengan urusan peribadi blog pun tak sempat nak update masa tu, macam-macam ujian yang lalui sepanjang julai aritu. Last update blog itu post autopost yang Cik Ash buat. Entah bila taip tak taw bila. Entri bulan julai paling sikit pada sebelum ni hanya 10 entri jah nampak sangat tak sempat nak update langsung kan.

Bermula dengan ketiadaan talian telefon dan internet selama seminggu mula-mula memang masa tu tak dapat update apa-apa pun banyak job terpaksa Cik Ash tangguhkan dulu ada itu terpaksa di tolak. 7hb julai 2018 akhirnya internet Cik Ash dah berfungsi waktu itu kejar masa untuk siapkan entri review cadangnya nak publish pada 14/7 begitu la.

Tetapi siapa sangka kita rancang terpaksa hold kan dulu semua itu, di sebabkan pada pagi pukul 2.00 pagi  13hbln tu Cik Ash dapat berita yang mengejutkan Cik Ash iaitu Aboh Cik Ash telah dikejarkan ke hospital akibat tertiba terkena serangan sakit jantung mengejut akibat darah tinggi naik mececah angka yang tinggi. Malam itu memang  rasa tak sedap hati dah rasa macam bergelisah jer tak taw kenapa,Pagi itu juga call suami tempat kerja suruh mintak cuti nak balik kelantan nak balik tengok aboh Cik Ash menangis teresak-esak sebab pertama kali dalam hidup Cik Ash tak pernah tengok aboh jatuh sakit seteruk ini, air mata mengalir laju sambil menaip ni bila terbayang-bayang kan aboh waktu di hospital aritu. Terima kasih Ya Allah  makburkan doa Cik Ash dan semua berikan aboh kembali pulih. Selepas seminggu Cik Ash duduk dikelantan untuk memastikan aboh pulih dah ok balik rumah, baru la Cik Ash  mintak izin dengan aboh nak balik kedah dulu, lagipun aboh  tak bagi Cik Ash duduk lama-lama dia pun faham Cik Ash dah berkeluarga.. Masa balik aritu memang berat nak tinggal aboh mengalir air mata ni menaip entri pun dah mengalir air mata. Cik Ash stop dulu pasal aboh deh. Cik Ash tak kuat nak ceritakannya. Semoga Aboh dan ma diberikan kesihatan yang baik.



Cik Ash balik kedah pada hari ahad 22/7/2018 pertama kali dan sejarah buat Cik Ash naik bus balik kedah, selepas kahwin Cik Ash tak pernah naik bus nak pergi mana-mana balik kampung raya naik kereta sokmo. Tawakkal pada Allah semoga dipermudahkan perjalanan Cik Ash.. Alhamdulilah Cik Ash selamat sampai kedah pukul 4.30 petang. Di uji pulak keesokannya suami Cik Ash pulak tertiba jatuh sakit pening dah muntah balik kerja pagi isnin tu, baru niat nak menulis tertangguh semula nak jaga suami sampai pulih dan pada 29 Julai baru la Cik Ash kembali menulis dekat blog ni, sejak blog tak update pageview pun menurun sikit. Tak pe lepas ni kena usaha nak naik kan kembali semula pageview. 

Di uji lagi pada hari selesa tertiba kereta suami rosak dekat kilang, siap baiki kali kedua pulak rosak kat tempat yang sama..  Ya Allah semoga Cik Ash kuat dan sabar tempuhi ujian ni. Maaf entri kali ini Cik Ash banyak bercerita kisah peribadi, Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu ya..Jumpa lagi nanti bila ada masa terluang Cik Ash akan blogwalking blog korang ya.

This post have 7 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete August 10, 2018 at 11:03 AM

ya Allah banyaknya dugaan cik ash. semoga dipermudahkan segalanya lepas ni, dimurahkan rezeki.

Reply
avatar
Kak Feni delete August 10, 2018 at 3:25 PM

Semoga dipermudahkan segala urusan Cik ash. Semoga abah pun cepat sembuh macam biasa.

Reply
avatar
Najah Mustapa delete August 11, 2018 at 12:06 AM

Moga Allah permudahkan segala urusan cik Ash!

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [94:6-7]

Reply
avatar
Ciktie delete August 11, 2018 at 10:04 AM

Sabar ye cikash.. in Shaa Allah semoga semuanya dipermudahkan dan semoga abah cikash juga kembali sihat.

Reply
avatar
Aerill Hassan delete August 11, 2018 at 11:34 AM

semoga dipermudahkan segala urusan ;)

Reply
avatar
Mas FVOME delete August 12, 2018 at 9:55 PM

Semoga dipermudahkan segalanya cikAsh.Keep strong! fighting!

Reply
avatar
Wani Sukarno delete August 14, 2018 at 7:18 PM

Sabar ekin,, semoga murah rezeki ekin lepas ni aminn..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post