TICKER

Sunday, October 29, 2017

Mee Tarik Warisan Asli Di Kulim

Mee Tarik Warisan Asli Di Kulim | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam kedaan walafiat ya.. Alhamdulilah masih berpeluang menaip entri dekat blog.. 
 
Mee Tarik Warisan Asli



Pada 2 oktober aritu lepas balik daripada Alor Setar ,cik ash bagi candangan dekat suami pergi try makan Mee Tarik Warisan Asli dekat kulim.. padahal ada jer dekat alor setar tu sebab tak lalu dekat Aman Central yang tak singgah lagipun kalut nak balik sebab nak kejar masa suami nak kerja pulak malam.




Sebenarnya dah lama cik ash tak pergi Giant dekat Kulim Landmark ni sekarang nama dah bertukar jadi Kulim Centre ,selalu duk shopping barang dapur dekat Tesco jer pun.. Tak taw pun ada buka kedai baru Mee Tarik Warisan Asli ni.. cik ash taw ada ternampak bloggger sis eyda share dekat facebook tu.. nampak sedap sangat.. terasa nak cuba akhirnya dapat juga try..

Mee Tarik Warisan Asli ini telah dibuka ditingkat bawah berhampiran dengan tangga escalator yang kita nak naik atas tu kan.. kalau tak silap cik ash masa dulu tapak Mee Tarik Warisan Asli itu adalah tempat letak kenderaan sekarang dah berubah sebab dah diperbaiki banyak kedai baru yang di buka di situ.


Ruang Hiasan Dalaman Yang Cantik
Sebelum cik ash masuk ke kedai ni cik ash sempat snap gambar ruang di dalam kedai ini nampak hiasan dalamannya memang memberi tarikan untuk orang ramai datang makan, lagi pula turut di tayangkan demo cara untuk membuat Mee Tarik Warisan Asli, masa tengok teruja sangat hahahaha.. first time tengok orang buat mee begitu kan.. 



Antara menu yang terdapat di Mee Tarik Warisan Asli ialah dekat gambar bawah ini, itu pun sebahagian daripada menu dan banyak lagi sebenarnya yang itu cik ash sempat snap hihihihi..

Muka Depan menu

menu 1

menu 2

menu 3

Di bawah ini cik ash sertakan sejarah asal usul Mee Tarik Warisan Asli untuk korang baca mungkin ada belum taw kan.. cik ash pun baru jer taw.. hahahahaha...

Sejarah Mee Tarik ( nak tengok klik bagi besar)


Dekat bawah ni menu yang kami order memang masa nak order rasa jangal sangat first time makan mee tarik ni.. hahahaha.. selalunya jarang sangat nak singgah makan kat restoran macam ni..

Teh Cina

Friend Wet Mee With Sliced Beef

Wee Mee With Braised Chicken

Kami makan licin taw


Harga Menu
Ok la itu saja pengalaman cik ash dan suami pergi makan Mee Tarik Warisan Asli di Kulim Landmark kini nama barunya Kulim Centre. So kalau ada korang yang datang ke kulim ini boleh la singgah dekat Restoran Mee Tarik ni.



5 comments: