TICKER

Wednesday, May 23, 2018

Resepi Aneka Minuman Untuk Berbuka

Resepi Aneka Minuman Untuk Berbuka | Assalamualaikum... Hai korang semua Selamat berpuasa dan berbuka ya..

Macam-macam kita boleh pelbagaikan air minuman kita untuk berbuka puasa, menarik sangat untuk dicuba ni..Dekat bawah ini Cik Ash senarai candangan Minuman yang kita boleh buat untuk berbuka. Tengok gambar dah menyelerakannya.


Resepi Strawberry dan Tembikai

Bahan-bahan:

2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub (ikut banyak mana yg anda suka)
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral


Cara penyediaan:

Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang.

Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam.




Jus Tembikai Susu Aiskrim Vanila


Bahan-bahan:
Tembikai (dibuang kulit dan biji - potong kecil2)
Gula secukup rasa
Sedikit air
Ais krim vanilla
Susu segar/susu cair
Sedikit ketulan ais.
Cara penyediaan:
1. Kisar tembikai bersama sedikit air dan gula.kemudian masukkan sedikit ais krim vanilla dan dikisar sekejap saja.
2. Masukkan ke dalam gelas,kemudian masukkan susu segar/susu cair dan ketulan ais mengikut kesukaan anda.kalau ingin lebih sedap lagi masukkan ais krim vanilla.sedia untuk dinikmati.




Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Bahan-bahan:
- 12 biji buah kedondong
- 10 biji asam boi jenis putih
- 4 biji limau kasturi, perah jusnya
- 3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
- gula secukup rasa
- ais kiub secukupnya

Cara membuatnya:
1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.
2. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
4. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
5. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
8. Kacau dan biarkan sekejap.
9. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.




Air Sirap Bandung Soda Float

Bahan-bahannya:
1 Sudu Kecil Pati Sirap Rose
2 Sudu Air Gula
1 Gelas Ais Ketul
1 Gelas Air Bikarbonat ( Aiskrim Soda F&N)
2 Sudu Besar Susu Cair
2 Skop Aiskrim Vanilla
Cara-caranya:

1. Campurkan Pati Sirap Rose bersama Air Gula ke dalam Gelas
2. Selepas itu, masukkan Ais Ketul serta Air Bikarbonat Aiskrim Soda dan Susu Cair
4. Kacau dan Tambahkan dua skop Aiskrim Vanilla di atas Gelas Air.
5. Sedia untuk dinikmati, Tentu rasa dahaga di tekak hilang.




Resepi Air Jagung Special

Kordial Jagung Red Man secukupnya
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis
aiskrin vanila(sukati nk buh ke x)

Masak air bersama gula. masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais & aiskrim vanila



Jus Kalamansi Asam Boi

Bahan-bahan
8 biji limau kasturi
2 biji asam boi
Sedikit air
Ketulan Ais

Cara Membuatnya :-

Masukkan asam boi ke dalam air panas dan biarkan ia lembut.
Limau kasturi dibelah dua dan buang bijinya kemudian dikisar.
Masukkan air dan ais kemudian masukkan ke dalam gelas dan hidangkan.



Resepi Air Milo Special

Pernah tak buat air milo yang sama dengan yang dibeli seperti air kotak Milo? Kadang-kadang sama, kadang-kadang tak.

Nak kongsikan di sini cara–cara nak buat air Milo sedap macam Milo lori yang datang ke sekolah dulu. Ikut sahaja langkah berikut ya..

Mula-mula ambil satu gelas sedang besar atau mug.
Masukkan susu pekat satu sudu dan serbuk milo 3 sudu.
Masukkan air panas, suku ( 1/4) mug atau sama peras dengan milo tadi.
Kacau perlahan sehingga air panas tersebut menjadi suam.
Letak ais (air batu ) hingga penuh mug tadi.
Biarkan air batu mencair sampai tidak kelihatan satu ketulan air batu pun.
Biarkan beberapa minit. Tunggu dengan sabar.
Bila semuanya sudah cair. Nikmatilah rasa air milo sebijik macam baru keluar dari milo lori kat sekolah tu.




Jus Belimbing Lemon

Bahan-bahan
1/2 biji buah belimbing
1/2 biji buah lemon - ambil jusnya
air gula secukupnya

Kisar buah belimbing masukkan, jus lemon, air gula dan ais kiub. Letakan sepotong belimbing utk hiasan dan hidangkan


Lai Chi Kang Homemade
.
Senarai bahan-bahan.... (boleh didapati dikedai2 yang menjual rempah ratus)
.
1. Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
2. Katira (rendam 3 jam)
3. Longan kering (rendam kejap 5 mi )
4. Biji selasih (rendam 5 min)
5. Kacang tanah sangai
6. Buah laici
7. Buah kundur kering
8. Barli (rebus dulu)
9. Cincau (saya tak letak, tak dan cari 😁)
10. Buah Lo Han Ko
11. Red dates
12. Daun pandan
13. Gula batu
.
Cara-Cara :
Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan Buah Lo Han Ko...bila dah gelegak masukan Red Dates dan Longan kering....biarkan seketika...kemudian siappp, ceduk buh dalam jag/mangkuk...isikan bahan2 lain....nak minum sejuk letak air batu.....siappp!...
Minumlah dengan perasaan happy.. memang tenang!!



Resepi Jus Jambu Batu

Bahan-bahan:
- 1 jug plastik
- 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yang jenis berkedut)
- 2 liter air
- 1 1/2 – 2 senduk gula pasir
- sedikit pewarna hijau
- asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris – secukupnya
- air batu secukupnya

Cara membuatnya:
1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yang telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Kisar hingga hancur.
2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini.
3. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing.
4. Tambahkan air batu siap untuk diminum.



Resepi Jus Laici Kiwi 

Bahan-Bahan :

2 biji buah kiwi - dibuang kulit
150 gm buah laici
1 gelas air laici
2 gelas air mineral
3 sudu besar gula pasir
Ais kiub secukupnya

Cara Penyediaan :

1. Hiris buah kiwi bentuk tiga segi atau kiub untuk isian dalam air, ketepikan.
2. Masukkan air dan gula ke dalam jug. Kacau rata hingga gula larut.
3. Kemudian masukkan air laici, diikuti dengan buah laici dan buah kiwi.
4. Akhir sekali masukkan ais kiub secukupnya.
5. Sedia dihidangkan...



Jus Mangga Lobak Merah Dan Epal

Bahan-Bahan

1 batang lobak merah | kupas kulit

1 biji pir | buang kulit, potong dadu

1 biji epal | buang biji, potong dadu

1 biji mangga | buang biji dan kulit

Air masak secukupnya

Cara Membuatnya :-

Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
Masukkan sedikit air masak jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

Info: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.



Jus Mangga Pudina

Bahan-Bahan

2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina


Cara Membuat :- 


1.Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
2.Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
3.Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
4.Tambah air gula jika suka.
5.Masukkan ais dan letakkan daun pudina.

INFO: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.



Jus Nenas Bersoda

BAHAN-BAHAN:

250gm nanas segar | dibuang kulit dan potong dadu
150gm nanas dalam tin | hiris kecil
2-3 hirisan nanas | untuk hiasan
3 sudu makan gula pasir
3 gelas air mineral
1 gelas soda
Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar nanas hingga hancur kemudian masukkan dalam jag.
2. Tambahkan air bersama gula, kacau hingga gula hancur.
3. Tambahkan soda bersama ais, kacau lagi.
4. Hiaskan dengan hirisan nanas.
5. Jus sedia dihidangkan.



Jus Serai

BAHAN-BAHAN:

3 batang serai | dititik
2 ketul gula batu
3 sudu makan gula pasir
3 gelas air mineral
Ais secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan serai kemudian ketuk dan ketepikan.
2. Masukkan gula batu, gula pasir dan air di dalam jag.
3. kacau hingga kedua-dua jenis gula larut.
4. Masukkan serai, kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan ais dan sedia dihidangkan sejuk-sejuk.



Jus Sirap Kelapa Muda

Air kelapa + isi kelapa muda
2 sudu gula(ikut suka nak manis ke tak) + 1/2 cwn air suam - bancuh hingga gula larut
beberapa titik sirap ros
1/2 cwn ais krim soda
ais kiub

~masukkan sirap dan air gula. kacau sebati. masukkan ais krim soda.
~masukkan air kelapa dan isinya serta ais kiub. kacau sebati. hidangkan



Resepi Air Katira

Bahan-bahan:
- 410 gm susu cair
- 500 ml ais krim soda
- getah anggur (katira)
- sagu 3 warna
- cendol
- cincau
- potong gajus, badam atau kacang tanah goreng
- buang kulit sedikit asam boi
- hirisan kurma cina
- buah semangkuk
- barli, buah kundur atau buah kabung
- kismis
- biji selasih secukupnya
- bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
- gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
.
Cara membuatnya:
1. Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
2. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.




Resepi Air Mata Kucing

Bahan-bahan:
- buah mata kucing kering secukupnya
- 1 buku gula Melaka
- 2 buku gula batu
- gula mengikut kemanisan
- air secukupnya
- daun pandan di simpul
- cuci buah mata kucing hingga bersih

Cara membuatnya:
1. Dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
2. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
3. Perasakan dengan gula dan siap dihidangkan panas atau sejuk.



Resepi Cendol Koktel

Bahan-bahan:
- (tiada sukatan ) cendol
- santan /susu cair
- air gula melaka
- sedikit garam
- hirisan buah nangka
- sagu merah
- fruit cocktail dalam tin
- nata de coco
- buah kabung

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan bersama .Tambahkan air gula melaka ikut kesesuaian manis masing-masing.
2. Sejukkan di dalam peti sejuk.Hidangkan di dalam mangkuk



Resepi Coconut Shake 

Bahan-bahan:
- air kelapa muda
- ais krim vanila
- isi buah kelapa
- ais
- air gula

Cara membuatnya:
1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Campurkan aiskrim vanilla
6. Siap sedia dihidang dan diminum



Resepi Jus Kasturi Selasih Pudina

Bahan-bahan:
- 6 biji limau kasturi | diambil jusnya sahaja
- 1 sudu makan selasih yang telah direndam
- 10 helai daun pudina
- 3 gelas air mineral
- 4 sudu makan gula pasir
- ais secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan jus limau kasturi dalam jag bersama air mineral dan gula.
2. Kacau rata sehingga gula larut.
3. Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4. Sedia dihidangkan.




Resepi Jus Mangga Susu Special

Air mangga susu kini menjadi salah satu minuman popular. Ramai yang menyukainya. Untuk membuatnya mudah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji mangga yang telah masak
200 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
Sedikit ais
Aiskrim vanila (optional)
Cara-cara menyediakannya:

Kupas kulit mangga dan hiris masuk ke dalam pengisar.
Masukkan ais, susu cair dan susu pekat.
Kisar sehingga hancur.
Kemudian, tuangkan kedalam gelas. Anda boleh juga meletakkan aiskrim vanila diatasnya.



Resepi Jus Oren Nata De Coco Selasih

Bahan-bahan:
- 2 biji buah oren
- 2 gelas air sirap
- 150 gm nata de coco
- 1 sudu makan biji selasih yang telah direndam
- ketulan ais secukupnya

Cara membuatnya:
1. Buah oren buang kulit dan biji, kisar bersama dua gelas sirap
2. Tapis jus ke dalam jag.
3. Masukkan selasih, nata de coco dan ketul ais.
4. Sedia dihidangkan.



Resepi Jus Tembikai Laici

Bahan-bahan:
- 1/4 biji tembikai. - lebih pun tak apa.
- 1 tin buah laici (gunakan airnya untuk kisar tembikai)
- 2 cawan air
- 3 sudu besar gula
- 1 mangkuk ais kiub

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali buah laici. Kisar sehingga semuanya hancur.
2. Tuangkan dalam bekas yang mengandungi buah laici. Masukkan ais kiub. Sedia untuk diminum ketika sejuk.



Resepi ABC Aiskrim

Bahan-bahan:
3 gelas penuh ais kiub
1 scoop aiskrim
Air gula warna merah secukupnya
Air gula perang secukupnya
Susu pekat manis secukupnya
susu cair secukupnya


BAHAN A :
1 sudu besar kacang tanah
1 sudu kecil kacang merah
1 sudu kecil cincau dicincang
1 sudu kecil buah kabong
1 sudu kecil jagung manis
1 sudu kecil cendol

Cara-cara:
1. Masukkan semua Bahan A ke dalam mangkuk.
2. Kemudian,masukkan ais kiub dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
3. Tuangkan ais yang telah hancur ke dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
4. Siramkan ais ini dengan air gula merah,air gula perang,susu cair serta susu pekat.
5. Hiaskan dengan aiskrim di puncaknya.
6. Siap utk hidangan.



Resepi Sirap Selasih

Bahan-bahan:
- ibu sirap rose
- 1 tin laici
- air masak atau air mineral secukupnya
- 1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
- ais kiub secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.
2. Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.


Resepi Sirap Bandung Soda

Bahan-bahan:
- 1/4 cawan ibu sirap
- gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
- 3/4 tin susu cair
- 3/4 jug kuib ais
- 1/2 tin ice cream soda
.
Cara membuatnya:
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais.
2. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.

Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..


Soda Herbs

Bahan-Bahan
1 Botol air aiskrim soda
2/3 batang serai saiz sederhana
Sebiji buah lemon
10 helai daun pudina
1 tin buah laici/longan
I jug ketulan ais

Cara Penyediaan:

Bersihkan dan potong tangkai hujung serai. Kemudian tumbuk sedikit batangnya.
Masukkan serai-serai tadi di dalam jug, bersama hirisan lemon, daun pudina dan buah laici.
Kemudian tuang air aiskrim soda dan kacau sehingga sebati.
Masukkan ais ketul mengikut citarasa. Simpan di dalam peti ais dan nikmati ketika sejuk.
 


Soya Cincau

Bahan-Bahan:
1 gelas jus soya buatan sendiri
100 gm cincau
Ais kiub

Bahan untuk Jus Soya
100 gm kacang soya
2 cawan air masak
2 sudu gula pasir

Cara Membuat :
Rendamkan kacang soya selama 4 hingga 5 jam. Kemudian kisar kacang soya tersebut. Tapiskan kacang soya tersebut dan masak jus soya itu.
Campurkan jus soya dengan gula pasir. Angkat dan sejukkan untuk seketika.
Tuangkan jus soya ke dalam gelas kemudian masukkan cincau yang telah dihiris halus dan masukkan ais kiub. Minuman ini sedia untuk dihidangkan.


Resepi Teh Ais Buah Peach

Bahan-bahannya :
● Buah peach – ikut suka, potong dadu kecil
● Ais
● Sirap peach dalam tin (air gula)
● Gula
● Ais
● Air
● 1 uncang teh

Cara-caranya :
1. Rendam uncang teh dengan 1 mug air panas. Masukkan air teh dalam jug. Masukkan jus peach, jika kurang manis boleh tambah sedikit gula. Masukkan air dan ais. Akhir sekali masukkan buah peach, kacau rata supaya gula tidak mendap di bahagian bawah sahaja. Hidangkan untuk menyamankan tekak.




Resepi Milo Ice Kepal 
 
Bahan-bahan penyediaan
Milo satu tin
Ais atau air batu sebata besar
Susu (lagi elok kalau susu kotak rendah lemak)
Air kosong
Blender biasa
Topping (mengikut kesukaan anda)
topping ais kepal milo
Topping yang boleh dicadangkan
Choc rice
Kacang tanah hancur
Biskut oreo
Nata de coco
Jeruk buah
Kacang gajus dikisar halus
Cara-cara penyediaan ais kepal Milo
Masukkan serbuk milo secukupnya ke dalam kuali atau periuk. Tambahkan air supaya serbuk Milo menjadi cecair. Tetapi pastikan Milo anda dalam keadaan pekat ya. Jangan tambah terlalu banyak air. Kalau cair nanti tak sedap pula. Tapi kalau anda berpenyakit kencing manis, bolehlah gunakan cecair Milo yang cair.

Cara kepal ais :-

Kisar ais menggunakan blender sehingga hancur. Pastikan tidak terlalu hancur menjadi air. Bila sudah kisar, keluarkan ais dan kepal menggunakan tangan anda. Atau anda boleh kepal ais menggunakan kain yang bersih bagi mengelakkan tangan anda kesejukkan ketika mengepal.

Tuang susu pekat pada kepalan ais anda tadi. Atau gunakan susu kotak dutchlady atau nestle. Sekiranya anda menggunakan susu kotak, susu itu akan lebih mudah menyerap masuk ke dalam ais. Susu pekat agak sukar untuk diserap masuk ke dalam ais.

ais kepal milo yang sangat menyelerakan 587

Kemudian tuang Milo dalam bentuk cecair yang sudah dipanaskan tadi di atas ais kepal anda. Oh tidak lupa, lebih elok sekiranya cairan Milo ini dibiarkan sejuk terlebih dahulu.

Akhir sekali campak topping mengikut kesukaan anda. Kalau saya, saya sukakan kacang yang lebih, jadi saya letakkan banyak kacang kisar di atas milo kepal ais saya tadi.

ais kepal milo yang sudah siap untuk dihidangkan




Teh Tarik Dangdut 

Bahan-bahan ( 1 gelas )

2  uncang teh
3 sb susu pekat
2 sb susu cair (option)
Air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara

-Rebus teh tu dengan setengah cawan air..,pastikan teh tu pekat...(pastikan teh tu jadi pekat,biasanya saya rebus setengah cawan air dan bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je..
- 1 cawan air panas, campur susu pekat dengan susu cair lepas tu tarik sampai berbuih. 
-Lepas tu masukan susu ke dalam gelas sekali dengan buih-buih tu.  
- Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat tadi ke dalam susu...masukkan teh tu slow-slow.. 
*Sukatan air dan susu ikut suka kita sendiri nak manis atau tidak.. Sukatan air pun sama.. Ikut saiz gelas kita.. Kalu nak senang kita sukat dulu air mengikut gelas yang kita guna.. 



 Jus Kurma Susu

Bahan-Bahan
10-15 biji kurma dibuang biji
½ kotak susu segar
1 cawan air panas
2 sudu gula /gula perang (kalau mahu kurang manis)
Beberapa ketulan ais

Cara Penyediaan:

Rendam buah kurma dalam air panas dalam 15 minit atau sehingga lembut.
Kisar kurma bersama air tadi dan sejukkan dahulu.
Masukkan susu dan ais dalam blender dan kisar
Akhir sekali masukkan jus kurma dan kisar sekali lagi sehingga menjadi seperti milkshake.


Nota: Boleh gantikan gula dengan madu dan tambah ais krim vanilla sebagai perasa tambahan. Jus kurma susu bukan sahaja menyegarkan malah mengembalikan tenaga anda. Jika mahu perasa tambahan, boleh tambah sesudu serbuk kayu manis ataupun serbuk coklat.


Ok la korang semua  tu jer yang jumpa  lagi nanti.

kredit:facebook

1 comment: